16 january 2011
Nasihat Untuk-MU : HATI
“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.
Berkata- kata Si sang bijaksana, “sucinya hati seseorang maka terpancarlah hikmah dilidahnya”. Makin banyak bicara, makin banyak pula kesalahannya. “mukmin itu diamnya fikir..bicaranya zikir”.
XXXXXXXXXXX
Kata-kata nasihat buat hati adalah…
“Dan engkau perangkan nafsu dengan perlaparkan dia dan jaga dia”
Kata-kata hikmah ini terbit takkala mengingati kisah para sahabat Rasulullah s.a.w. baru sahaja pulang dari berperang dengan musuh Islam. Baginda menyatakan, “ini baru sahaja jihad yang kecil, sebaliknya jihad yang paling besar adalah memerangi hawa nafsu”
Ayat ini juga memberi solusi kepada kita bagaimana untuk berperang dengan hawa nafsu. Ini di ambil dari kisah angkuhnya nafsu kepada Allah s.w.t.
Kisahnya bilamana Allah s.w.t. menciptakan akal, dimana Allah s.w.t. bertanya kepada akal, “Aku siapa, dan engkau siapa?”. Lalu akal menjawab, “Engkau adalah Tuhanku, dan aku adalah hamba Mu”.
Selepas itu Allah s.w.t. pula mencipta nafsu, maka Allah s.w.t. bertanya juga kepada akal, “Aku siapa, dan engkau siapa?”. Lalu nafsu menjawab, “Engkau…engkaulah, aku..akulah”. Akibat dari kebiadapannya dan keangkuhan nafsu, maka Allah s.w.t. mencampakkan nafsu ke dalam neraka jahanam selama 100 tahun.
Selepas nafsu dikeluarkan dari neraka jahanam, Allah s.w.t. bertanya lagi kepada nafsu, “Engkau siapa, aku siapa?”. Seperti juga sebelum ini, nafsu menjawab, “Engkau..engkaulah, aku..akulah…”. Lalu Allah s.w.t. mengazabnya lagi, kali ini dalam neraka kelaparan selama 100 tahun.
Sebaik sahaja tempoh tersebut tamat, Allah s.w.t. bertanya lagi kepada nafsu, “Aku siapa dan engkau siapa?”. Barulah nafsu mengaku dengan berkata, “Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hamba Mu”
Lebih kurang begitulah kisahnya. Oleh itu, untuk berperang dengan nafsu, sudah semestinya kita mesti hentikan bantuan kepada nafsu.
Bak kata cendekiawan Islam, “Adakah engkau ini hendak berperang dengan nafsu?, sedangkan engkau membantu dan menurut keinginan nafsu. Sehinggakan dia dapat mengalahkan engkau….”
Jadi, bagaimana untuk menyekat bantuan tersebut? Iaitu dengan mengurangkan makan, mengurangkan tidur, mengurangkan bercakap perkara yang sia-sia dan banyak lagi. Hentikan menyalur bantuan kepada nafsu, sekatlah sedaya yang mampu.
Sehebat mana pun seorang pahlawan menghayun senjata, setangkas mana pun seorang pahlawan menunggang kuda tetapi belum tentu ia dapat mengalahkan nafsunya sendiri.
Didik nafsu dan kawal ia sehingga dia menurut keinginan kita. Syeikh Abdul Qadir mengambil masa hampir 50 tahun untuk mujahadah. Kita pula bagaimana?? Ikhlas ana katakan, diri ini juga agak sukar untuk berjihad menentang hawa nafsu hatta lantang bersuara menegakkan kalimah Allah s.w.t.
Namun, kita perlu cuba dan terus mencuba untuk mendidik nafsu kita supaya dia terbiasa dengan perkara-perkata yang disukai Allah s.w.t. dan akhirnya Iman dan hati kita akan sentiasa dekat denganNya..insyaAllah..ameen..
Moga-moga perkongsia ringkas ini mampu memberi seribu manfaat buat para pembaca sekalian..ayuh..kita tingkatkan amal kita kernaNya..
InsyAllah… Ilmu yang sedikit perlu disebarkan.. “BERAMAL KERANA ALLAH”.
sumber : http://bidadaribesi09.blogspot.com/2010/07/nasihat-bagi-hati.html
27 january 2011
Aku Tahu , Tapi Aku masih lagi tak nak berubah…
Aku Tahu, Tapi Aku Mahu…
Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.
(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)
aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya
aku tahu segala amalan bakal dihisab,
tapi masih kulupakan alam akhirat
aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan
tapi maksiat masih berterusan
aku tahu solat itu penting
tapi selalu memandangnya enteng
aku tahu solat itu tiang agama,
tapi sering saja aku lewatkannya
aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,
tapi solat masih tak dijaga
aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,
tapi masih liat nak mengulang
aku tahu aurat itu aib diri,
tapi masih x pandai menjaga diri
aku tahu cinta itu fitrah,
tapi aku jadikannya fitnah
aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,
tapi aku seolah x endahkannya
aku tahu Allah sentiasa memerhati
tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi
aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,
tapi aku sering berputus asa
aku tahu aku ini hamba-Nya
tapi masih hanyut dengan dunia
aku tahu azab-Nya api neraka,
tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya
aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga
tapi x berusaha untuk medapatkannya
… … … … … … …
Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu..
sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia.
1 tamsilan untuk sama2 kita renungi dalam diri kita: ‘kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik’… Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: ‘Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??’… Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi…
Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu… TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there’s a will, there’s a way…
banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar..
Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.
Jika bukan kita siapa lagi?
jika bukan sekarang bila lagi?
Jika bukan di dunia, di mana lagi?
27 january 2011
About the owner of the blog
Khoirul Solehah Binti Abdul Rahim
20 years old
bachelor degree education in physics science
feel free to visit my personal blog :
this simple WordPress was created to be used for sharing my personal life experiences, notes on lectures and any updated information.
“sharing is caring”

Nice to meet you
have you ever found me? hehe
Yes, absolutely. =)
[...] Islam is wonderful [...]
yes, absolutely ma am..